Tarikh | : 15.12.2022 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta bagaimana untuk mengisi maklumat atau kemaskini data dalam portal atau laman sesawang HRMIS. Dengan adanya bengkel ini peserta dapat mengetahui cara untuk mengisi dengan mudah secara atas talian dan secara tidak langsung ict ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam ict dan juga membuka ruang peserta sebagai guru tabika untuk memperluaskan dan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diterangkan dahulu tentang laman sesawang dan cara-cara asas untuk mengisi dalam laman sesawang HRMIS tersebut. Peserta diminta untuk membuka atau melayari laman sesawang HRMIS dan juga peserta diminta untuk memasukan id atau katalaluan bagi meraka yang telah berdaftar. Bagi mereka yang belum berdaftar petugas membantu mereka untuk mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki laman sesawang tersebut. Setelah semua peserta dapat memasuki HRMIS ini, petugas meminta peserta untuk mengisi atau mengemaskini data bedasarkan malumat peserta sambil dipantau oleh petugas. Peserta memahami dan berjaya mengisi maklumat data mereka ke dalam laman HRMIS dengan baik.