Tarikh | : 06.01.2023 |
Masa | : 10.00 PG - 11.00 PG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta dalam mengisi maklumat secara online di laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mendedahkan peserta terhadap penggunaan ict yang mana ia sangat mudah. Malah, dapat juga memperkembangankan ilmu ict dan pecarian maklumat serta asas komputer dalam bengkel tersebut.
Aktiviti
Aktiviti begkel ini dimulakan dengan petugas menerangkan secara ringkas bagaimana cara untuk mencari maklumat dan mengisi didalam laman web e-perolehan tersebut. Petugas meminta peserta memasukan maklumat untuk peserta masuk ke dalam sistem dan juga meminta peserta mendaftar terlebih dahulu jika peserta tidak mendaftar lagi dengan sistem maklumat tersebut. Setelah itu, peserta dibantu da diajar oleh petugas bagaimana cara untuk mengisi atau mengemaskini serta memohon tender di dalam laman web tersebut. Perserta mengikut setiap tunjuk ajar dan langkah yang di ajar kepada peserta tanpa ada masalah yang tidak dapat memohon atau mengisi maklumat tersebut. Perserta memahami dan berjaya memohon atau megisi maklumat dengan baik dan lancar.