Tarikh | : 17.08.2024 |
Masa | : 04.00 ptg - 05.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN :
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan ict dan juga pembelajaran melalui aktiviti stem yang dapat meningkatkan fokus dan membuna pemikiran yang kreatif serta memupuk kerjasama antara peserta. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.
Bahan-bahan yang Diperlukan :
- Gelas Plastik
- Air
- Garam
- Pewarna
- Kertas
Langkah-langkah:
1) Langkah pertama peserta diminta untuk menyusun gelas-gelas yang mana kesemua adalah dua gelas yang dilapikkan dengan kertas
2) Selepas itu, peserta menuangkan atau memasukkan air ke dalam gelas tersebut
3) Selepas air dimasukkan peserta diminta untuk memasukkan pewarna yang berbeza dan melarutkan pewarna yang dicampur air
4) Setelah pewarna terlarut peserta memasukkan garam segenggam ke dalam salah satu air yang dicampur pewarna
5) Petelah kesemua gelas terisi dengan bahan-bahan tersebut, peserta akan meletakkan kertas di dalam air pewarna yang dicampur garam dan menganggkat air garam tersebut untuk diletakkan di atas gelas yang terisi air dan pewarna sahaja
6) Akhir sekali, peserta akan dapat melihat air tidak akan jatuh dan air garam yang dicampurkan pewarna tidak akan bercampur dengan air yang tiada garam. Di situ peserta akan dapat melihat keadaan air tersebut dan disebabkan itu pewarna digunakan supaya dapat melihat perbezaan air tersebut setelah di angkat dan diletkkan ke gelas tanpa campuran garam.
-
Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana air tidak bercampur setelah diterbalikkan ke atas gelas yang lain. Hal ini kerana garam memiliki sifat menyerap air dan wap air dari udara. Oleh sebab itu, bila diterbalikkan ke gelas lain kita akan dapat melihat air garam tidak jatuh atau bercampur setelah kertas yang menghalang air ditarik. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!
- Gambar Disini