Tarikh : 19.08.2024
Masa : 02.30 ptg - 03.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang
 
 
 
 
 
 
Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan kemahiran seperti kemahiran komunikasi yang merupakan perkara asas dalam melakukan interaksi sesama manusia. Malah, kemahiran ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri peserta dan berkomunikasi atau interaksi dengan baik. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.

 

Aktiviti

Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat "handprint" sempena merdeka Malaysia yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Oleh itu, pembelajaran atau aktiviti hari ini adalah membuat "handprint" menggunakan cat lukisan untuk "hadprint". Peserta diminta untuk mewarnakan tangan dengan warna biru, kuning dan merah sebagai lambang warna bendera Malaysia mengikut kreativiti masing-masing. Setelah tangan di catkan dengan warna tersebut, peserta akan menekap tangan pada kertas yang telah diberikan oleh petugas selama beberapa saat dan peserta akan dapat melihat hasil tangan yang telah dicat dengan warna bendera. Aktiviti sangat mudah dan seronok untuk dijalankan bersama secara langsung dapat meningkatkan semnagat patriotisme sempena sambutan merdeka. Peserta sangat seronok membuat "handprint" dan diharapkan dengan adanya aktiviti ini secara langsung dapat meningkatkan serta menarik minat lebih ramai komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.

Gambar Disini