Tarikh | : 17.08.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN :
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan membina pemikiran yang kreatif dan inovasi melalui aktiviti - aktiviti stem. Selain itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan kerjasama antara peserta dalam menjalankan aktiviti stem ini. Petugas juga berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menarik minat dan juga memperhebahkan lagi perkhidmatan yang terdapat NADI.
Bahan-bahan yang Diperlukan :
- Gelas Plastik
- Air
- Ais Batu
- Minyak
Langkah-langkah:
1) Langkah pertama peserta diminta untuk menyusun gelas-gelas yang mana kesemua adalah tiga gelas untuk melihat perbezaan yang terjadi dengan ais batu
2) Selepas itu, peserta menuangkan atau memasukkan air sepenuhnya ke dalam gelas
3) Gelas kedua peserta memasukkan minyak
4) Manakala, gelas ketiga peserta perlu memasukkan setegah air dan juga setengah minyak
5) Setelah kesemua gelas terisi dengan bahan-bahan tersebut, peserta akan memasukkan ais batu ke dalam gelas tersebut
6) Akhir sekali, peserta akan dapat melihat perubahan ais batu yang berbeza dalam gelas. Gelas pertama peserta akan melihat perubahan ais batu semakin mengecil dan terlihat cair. Selain itu, gelas kedua pula terlihat ais batu tenggelam dan masih keras manakala gelas terakhir yang terisi dengan separuh air dan minyak pula terlihat melayang dan berada di posisi tengah.
-
Kesimpulannya aktiviti ini menunjukkan bagaimana cara ais batu itu bertindak balas dengan bahan-bahan yang digunakan. Keadaan dan tindak balas air dan minyak hanya dibezakan dengan masa dan jenisnya. Di dalam zat cair benda yang lebih besar akan seperti air ia akan cepat mencair dan tenggelam dan bagi zat masa yang lebih kecil pula ia akan terapung begitu lar yang terjadi pada ais batu apabila kita memasukkan ia ke dalam gelas yang mempunyai pelbagai bahan untuk melihat perubahan dan tindak balasnya. Diharapkan aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk dicuba disamping pengawasan orang dewasa. Selamat mencuba!
- Gambar Disini