Tarikh | : 21.08.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan Microsoft Office dalam membuat jadual dan urusan perniagaan menggunakan applikasi tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk mencari bahan untuk perniagaan. Melalui bahan yang dicari seperti gambar atau maklumat lain tentang produk peserta di masukkan ke dalam Microsoft Word dan Excel. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat jadual jualan atau jadual harian penggunaan bahan untuk jualan menggunakan Microsoft Office seperti bagaimana cara untuk membuat jadual menggunakan "menu" yang tersedia dalam applikasi tersebut.seperti excel atau word. Dengan teknik-teknik yang diajarkan peserta berjaya menyiapkan urusan perniagaan menggunakan Microsoft Office ini.