Tarikh : 22.03.2024
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk  menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dan keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Selain itu, dapat mewujudkan masyarakat yang mahir dan bijak dalam menggunakan ict sejajar dengan misi negara mewujudkan masyarakat yang celik it dan berinovasi sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah mengenai kemahiran temuduga untuk mempersiapkan dan memberi pengetahuan bagaimana cara dan teknik  untuk mmenghadari temuduga sama ada secara fizikal mahu pun secara online. Dalam bengkel ini peserta juga diajarkan bagaimana untuk menjawab sesi temuduga secara online dan bagaimana cara menggunakan applikasi zoom untuk sesi temuduga tersebut. Selain itu, dalam bengkel ini juga peserta diberi ruang untuk memcuba secara pratikal cara temuduga supaya peserta dapat ilmu, pengalaman serta cara yang betul untuk mengahadari sesi temuduga.  Peserta berjaya menghadari sesi tersebut dan memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 22.03.2024
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian.  Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan asas Microsoft Excel. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk membuat jadual, merekod keuntungan dan pengeluaran produk. Peserta diajarkan bagaimana cara asas menggunakan Microsoft Excel seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Peserta membuat jadual mengikut teknik dan pemahaman yang telah diajarkan dengan bimbingan petugas sehingga peserta berjaya menyiapkan tugasan tersebut.  Peserta berjaya menyiapkan jadual dan memahami dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 21.03.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan melatih peserta dalam kemahiran ict dan komputer terutama bagaimana cara untuk menggunakan applikasi yang terdapat dalam komputer. Selain itu, ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran komputer  serta celik it agar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan ict. Secara tidak langsung bengkel ini akan membantu mempromosikan dan menggalakkan lagi komuniti untuk bergunjung ke Pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini mengajar dan membantu peserta dalam menggunakan applikasi Microsoft Word untuk menaip surat atau membuat kerja tugasan yang memerlukan penggunaan komputer.Peserta diajarkan secara asas bagaimana untuk menggunakan Microsoft Word tersebut seperti, mengubah tulisan, size tulisan, penggunaan "layout", format untuk gambar dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dibantu dan dibimbing oleh petugas bagaimana cara penggunaan keyboard atau papan kekunci untuk menaip seperti penggunaan 'caps lock', 'space', 'ctrl + c; dan lain-lain. Malah, bagaimana cara untuk memasukkan gambar dan menyimpan file yang telah ditaip ke dalam bentuk dokumen pdf atau bentuk word. Peserta berjaya menyiapkan surat rasmi dan lembaran kerja kursus dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 21.03.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 4 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel Asas Pembangunan lamam web ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mencari dan pengisian maklumat melalui laman web tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan mendedahkan penggunaan ict kepada peserta untuk menggunakan dengan bijak dalam mencari maklumat sekali gus dapat mempromosikan dan menghebahkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pedi.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari maklumat dan cara menggunakan laman web untuk mengisi maklumat dalam applikasi Maidam dan LHDN.  Dalam bengkel tersebut petugas membantu dan membimbing peserta dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website dan mengajar peserta bagaimana cara untuk  mengisi dari mendaftarkan diri untuk masuk ke sistem sehingga cara untuk memasukkan dokumen ke dalam applikasi tersebut.  Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat dalam laman web tersebut dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 08.03.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang berfokuskan pada perkembangan kemahiran kritis dan keupayaan pelajar untuk memahami, meneroka, dan menyelesaikan masalah di samping itu, memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana steam terlibat dalam kehidupan harian serta mendedahkan peserta terhadap kemahiran komputer dan ict sekali gus, membantu mempromosikan aktivuti Pedi dan juga perkhidmatan yang terdapat di sini.

Aktiviti

Bengkel ini adalah merupakan aktiviti stem eksperiment "jellyfish" dalam botol. Seramai sepuluh orang peserta menyertai aktiviti ini yang mana dibahagikan pada beberape kumpulan untuk menghasilkan "jellyfish in bottle" ini. Peserta dibekalkan dengan botol, air, pewarna, gliter, plastik, getah, pen dan gunting untuk peserta menjalankan aktiviti tersebut. Peserta mula menghasilkan "jellyfish" dengan memasukan air ke  dalam botol, melukis dengan pen, melipatkan plastik dengan memasukkan air sedikit untuk membentuk "jellyfish", setelah itu peserta diminta untuk mengikat di atas yang dimasukkan air, dan memasukkan ke dalam air yang ada gliter dan pewarna. Peserta akan melihat pergerakan "jellyfish" tersebut bergerak apabila di terbalikkan botol tersebut. Akhir sekali, eksperiment ini membantu melatih otot tangan dan legan apabila diterbalikkan atau dipusingkan botol. Selain itu, melalui eksperiment ini peserta juga akan belajar hubungan antara arah botol dan pergerakan obor-obor dan perbezaan antara obor-obor sebenar dan yang di dalam botol. Peserta sangat teruja dan seronok serta memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam menghasilkan "jellyfish" ini.

Gambar Disini