Mengusahakan perusahaan atas talian pelbagai produk kecantikan dan penjagaan  peribad. Beliau juga menjalankan perniagaan makanan jenis ‘fast food’ bersama ahli keluarganya.

Nama : Che Ku Nasuha Bt Che Ku Kamaruddin
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 011-69216197
Facebook : https://www.facebook.com/MokKuburger/

 

usahawan 3124

Latar belakang

Che Ku Nasuha merupakan usahawan atas talian sejak 2016. Beliau mengusahakan pelbagai produk secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan dan diwarisi turun temurun daripada ahli keluarganya. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ dan sedikit demi sedikit merlabur modal untuk menyimpan stok sendiri dan sehingga kini mampu menyimpan stok produk dalam kuantiti yang banyak.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status ejen kepada stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.


 

Seorang Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018

Nama : Mohamad Bin Ishak
Umur : 66 Tahun
Ahli : 17 April 2009
No Tel : 012-958 9465
Facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100008764667506

 

 

Latar belakang

Hj Mohamad Bin Ishak adalah seorang pesara wartawan Berita harian. Berumur 66 tahun dan seorang Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membokar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain membokar perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin. Seorang yang fasih terhadap bidang kewartawanan dan sering datang ke PI bagi membuat rujukan sumber-sumber yang berkaitan terhadap bidang ICT

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak boleh menaip dengan baik, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas bagi membuat liputan harian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan computer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh.


 

Mengusahakan perusahaan mini karipap rangup

Nama : Mazuin Bt Hamzah
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 017-9154077
Facebook https://www.facebook.com/mazuin.hamzah.5

 

Latar belakang

Puan Mazuin Hamzah merupakan usahawan mini karipap rangup sejak 2018. Beliau mengusahakan mini karipap secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau sering mempromosikan mini karipap melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 - 150  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.


 

Mengusahakan percetakan foto kanvas

Nama : Norfazila Bt Mizam
Umur : 30 Tahun
Ahli : -
No Tel : 014-8096233
Facebook https://www.facebook.com/illaalannapeetisa

 

 

Latar belakang

Norfazila Bt Mizam telah mengusahakan foto kanvas sejak 2017 sehingga sekarang secara online serta COD. Beliau menerima tempahan dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Berpewatakan yang sempoi dan menarik serta lemah lembut melayan pelanggan membuatkan ramai dikalangan pelanggannya sering menempah berulang kali. Menceburi bidang ini merupakan satu minat yang mendalam dalam diri beliau disamping membantu rakan niaga yang merupakan owner kepada foto kanvas ini. Kini setiap hari beliau sering menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 - 120  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi dengan mereka bentuk sendiri flyers untuk diagihkan di pasar mingg dan sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.


 

LAILI ANISSA BT ZULKIFLI

Seorang celik IT dan sering menggunakan PI sebagai tempat rujukan

Nama : Laili Anissa Bt Zulkifli
Umur : 12 Tahun
Ahli : 23 Okt 2013
No Tel : Tiada
Facebook https://www.facebook.com/laili.annissa.3

 

 

Latar belakang

Adik Laili berusia 12 tahun. Beliau sering ke PI untuk menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan penggunaan ICT. Dengan umur yang kian meningkat, adik Laili peka terhadap bidang ICT. Beliau sering dating ke PI bersama rakan-rakan sekolah dan sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain. Adik Laili juga seorang yang petah bercakap dan pandai menyesuaikan diri apabila bergaul dengan masyarakat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak boleh menaip dengan baik, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan computer.