Mengusahakan perusahaan mini karipap rangup

Nama : Mazuin Bt Hamzah
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 017-9154077
Facebook https://www.facebook.com/mazuin.hamzah.5

 

Latar belakang

Puan Mazuin Hamzah merupakan usahawan mini karipap rangup sejak 2018. Beliau mengusahakan mini karipap secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau sering mempromosikan mini karipap melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 - 150  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.