Mengusahakan perusahaan atas talian pelbagai produk kecantikan dan penjagaan  peribad. Beliau juga menjalankan perniagaan makanan jenis ‘fast food’ bersama ahli keluarganya.

Nama : Che Ku Nasuha Bt Che Ku Kamaruddin
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2020
No Tel : 011-69216197
Facebook : https://www.facebook.com/MokKuburger/

 

usahawan 3124

Latar belakang

Che Ku Nasuha merupakan usahawan atas talian sejak 2016. Beliau mengusahakan pelbagai produk secara offline dan online disamping melakukan penghantaran COD ke seluruh sekitar Besut. Beliau bermula disebabkan oleh minat yang terlalu mendalam dalam bidang perniagaan dan diwarisi turun temurun daripada ahli keluarganya. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ dan sedikit demi sedikit merlabur modal untuk menyimpan stok sendiri dan sehingga kini mampu menyimpan stok produk dalam kuantiti yang banyak.

Beliau sering mempromosikan produk melalui laman facebook miliknya dan status whatsapp. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat yang tinggi dalam mempromosikan barangannya. Sehingga kini beliau telah naik taraf daripada status ejen kepada stokis, mempunyai agen sendiri bagi membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung dan Sabah/ Sarawak

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.