NORAZIMAH BT YAACOB

Mengusahakan pelbagai barangan keperluan dan kecantikan

Nama : Norazimah Bt Yaacob
Umur : 33 tahun
Ahli : 5 Mei 2018
No Tel : 019-9205377
Facebook Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Latar belakang

Puan Norazimah memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sejak 2 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan melalui hebahan mulut. Beliau juga bekerja sebagai pembantu klinik di Bandar Jerteh, Besut. Beliau sering mempamerkan baranganya di Klinik tersebut bagi kemudahan dan tatapan pelanggannya yang datang ke klinik. Selain itu juga, beliau menjalankan perniagaan kecantikan antaranya sabun kecantikan wajah dan set kecantikan muka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 - 70  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi pada laman sosial. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM600.