NURUL HIDAYAH BT YUSRI

Mengusahakan produk kecantikan kosmetik secara online

Nama : Nurul Hidayah Bt Yusri
Umur : 22 tahun
Ahli : 25 Feb 2016
No Tel : 011-19828540
Facebook : https://www.facebook.com/hidayah.yusri.5

 

Latar belakang

Hidayah Yusari merupakan lepasan ijazah dari UUM. Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan bermula di Universiti. Berasal dari Besut, Terengganu, beliau sering memasarkan peroduknya secara atas talian menggunakan facebook dan Instagram. Secara puratanya, pelanggannya dari kalangan teman-teman dan kini telah berkembang dikenali menerusi atas talian. Beliau sering COD ke sekitar Besut dan mengepos barangannya ke negeri lain. Perniagaannya lebih dikenali kerana perwatakannya yang ceria membuatkan ramai pelanggannya berpuashati dengan cara jualannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 - 120  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Beliau juga sangat rajin membuat hebahan promosi dengan mereka bentuk sendiri flyers untuk diagihkan di pasar mingg dan sekitar Besut. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.