Seorang Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018

Nama : Mohamad Bin Ishak
Umur : 66 Tahun
Ahli : 17 April 2009
No Tel : 012-958 9465
Facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100008764667506

 

 

Latar belakang

Hj Mohamad Bin Ishak adalah seorang pesara wartawan Berita harian. Berumur 66 tahun dan seorang Bekas Wartawan Sambilan Kumpulan NSTP selama 33 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membokar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain membokar perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin. Seorang yang fasih terhadap bidang kewartawanan dan sering datang ke PI bagi membuat rujukan sumber-sumber yang berkaitan terhadap bidang ICT

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak boleh menaip dengan baik, tidak kenal perkakasan computer dan tidak mengenal internet. Hanya menggunakan buku dan kertas bagi membuat liputan harian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah mahir terhadap bidang ICT. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam bagi membantu dan memupuk insentif dalam diri membuatkan beliau rajin belajar serta mahir menggunakan computer. Kini beliau aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Seberang jerteh.