Remaja OKU Celik IT

Nama : Tengku Nazrim Bin Tengku Yeng
Umur : 24 tahun
Ahli : April 2009
No Tel : 019-7126148
Facebook https://www.facebook.com/tg.nazrin.9

 

Latar belakang

Tengku Nazrim  merupakan pengguna PI yang sentiasa bergantung dengan kemudahan yang sedia ada. Seorang remaja oku yang celik IT dan berminat dengan penggunaan gajet dan internet yang menggunakan internet sebagai sumber maklumat carian daripada internet. Beliau boleh bertutur dengan baik tetapi tidak dapat untuk membaca dengan betul setiap abjad bacaan. Beliau menjadikan PI sebagai pusat untuk beliau menggunakan internet bagi aktiviti semasa beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau mencari maklumat terhad kepada sumber, bacaan buku, majalah, bulletin, artikel atas talian dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, beliau kini mempunyai asas penggunaan Microsoft Word dan Adobe asas. Beliau sering memanfaatkan saluran internet untuk mencari bahan bacaan dan melengkapkan tugasan dengan mudah dan mendapat lebih banyak informasi baru. Beliau juga seorang peserta yang aktif dan gemar menyertai program yang dijalankan di PI1M Sebrg Jerteh. Malah, beliau juga merupakan sukarelawan PI1M Seberang Jerteh.  


Mengusahakan produk kecantikan korea secara online

Nama : Nor Asiah Bt Hassan
Umur : 29 tahun
Ahli : 19 Mac 2018
No Tel : 019-367284
Facebook https://www.facebook.com/happyningkorea/  

 

Latar belakang

Puan Noor Asiah mula berniaga secara online pada tahun 2016. Baliau memperkenalkan produk dari Korea kepada orang ramai menerusi offline kepada kenalan-kenalan terdekat. Beliau memulakan perniagaan menerusi online bersama temannya yang berada di Korea dan sering berhubung secara atas talian bagi pengeposan barang-barang ke Malaysia. Beliau juga memasarkan produknya ke laman sesawang 11street dan Shopee menggunakan nama samara “happyning produk”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk sekarang melebihi RM2000

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mengikuti program erezeki dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet Seberang Jerteh. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan intagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000


 

ZUSMANI BT ZAKARIA

Dewasa Wanita Celik IT mampu melakukan pelbagai jenis kerja dalam satu masa

Nama : Zusmani Bt Zakaria
Umur : 47 tahun
Ahli : 23 Nov 2013
No Tel : 013-9175674
Facebook https://www.facebook.com/zusmani.zakaria.7

 

Latar belakang

Puan Zusmani tinggal di Kg Tok Has. Beliau juga mengusahakan peternakan kambing dan lembu bagi mencari pendapatan sara hidup bulanan. Beliau juga mahir dalam urutan saraf dimana beliau mahir mengurut samaada lelaki ataupun perempuan. Beliau juga sering mengambil tempahan menjahit baju dan langsir bagi menampung kos sara hidup setiap hari. Memiliki 5 orang anak yang masih bersekolah, Puan Zusmani sering datang ke Pusat Internet Seberang Jerteh bagi meminta tunjuk ajar menggunakan computer bagi mencari pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengannya di sekitar Besut, Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau jadikan Pusat Internet Seberang Jerteh sebagai tempat ‘Centre’ bagi mencari apa-apa maklumat semasa. Beliau banyak meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan peralatan computer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering hadir ke program-program yang diadakan di Pusat Internet Seberang Jerteh dan kini beliau telah mahir menggunakan computer dan mempunyai akaun facebook sendiri


 

Mengusahakan pelbagai jenis kek

Nama : Noor Azira Bt Omar
Umur : 37 tahun
Ahli : 22 Jun 2018
No Tel : 011-25402754
Facebook https://www.facebook.com/aziera.bella.9

 

Latar belakang

Puan Azira mula berniaga secara online pada tahun 2017. Baliau membuat tempahan kek pada majlis-majlis pernikahan, harijadi dan pelbagai lagi majlis. Beliau sangat dikenali menerusi facebooknya ‘Azira Bella’. Melalui jualan secara online, beliau juga membuat COD rumah ke rumah mengikut tempahan yang diterima. Beliau banyak menghasilkan pelbagai jenis kek mengikut citarasa pengguna. beliau juga sering datang ke Pusat Internet bagi meminta tunjuk ajar bagaimana untuk terus mengekalkan perniagaannya menerusi perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk sekarang melebihi RM1500

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mengikuti bengkel keusahawanan bersama e-halal JAKIM di Pusat Internet Seberang Jerteh. Melalui program ini, beliau dapat meluaskan lagi pasarannya dengan mewujudkan peluang perniagaannya secara meluas agar lebih dikenali. Pelanggan beliau dari seluruh Malaysia yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook miliknya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 sebulan.


 

NUR AMIRA BT MOHAMAD

Usahawan online produk kesihatan wanita Jus Mamariam

Nama : Nur Amira Bt Mohamad
Umur : 27 tahun
Ahli : 3 Ogos 2009
No Tel : 014-9917483
Facebook https://www.facebook.com/cahaya.amira.10

 

Latar belakang

Berasal dari Besut Terengganu. Memulakan perniagaan perkhidmatannya sejak tahun 2016. Sebelum beliau membuat keputusan untuk membuat perniagaan ini, beliau sendiri telah mencuba produk ini dan ternyata berkesan. Secara langsung, beliau terus mempromosikan produk ini secara offline dan online. Kini beliau sering memperkenalkan produk ini menerusi facebook dan Instagram miliknya dengan dikenali sebagai Nur Mamariam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram tersebut. Beliau juga sering menggunakan pos laju sebagai satu “transaksi” untuk menghantar produk yang beliau jual. Malah, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.