Tarikh | : 11.07.2024 |
Masa | : 9.00 pg - 10.00 pg |
Lokasi | : NADI Kg Jabi |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk pendedahan maklumat dan melatih kemahiran komputer dan ict. Selain itu, aktiviti ini juga adalah untuk melatih peserta dalam pemikiran yang kritis serta kemampuan seseorang dalam interaksi dan sosialisis. Secara langsung ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di NADI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti ini memfokuskan pada pembelajaran secara fizikal dengan membuat dadu kotak vokal yang diberikan oleh petugas. Peserta diminta untuk membentuk semula kotak dadu tersebut yang mana di kotak tersebut terdapat huruf vokal untuk dipelajari atau bermain sambil belajar dengan kotak dadu tersebut. Peserta dibekalkan dengan gam untuk membentuk kotak dadu vokal tersebut. Dalam membentuk kotak tersebut peserta dibantu untuk membuat kotak tersebut. Hasil daripada aktiviti adalah peserta dapat mengenal huruf vokal dio samping membentuk kemahiran dan kepekaan peserta dengan membentukkan semula kotak dadu vokal tersebut. Peserta sangat seronok membuat dadu vokal tersebut dan diharapkan dengan adanya aktiviti ini akan meningkatkan serta menarik lebih ramai minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti percuma yang dijalankan disini.