Tarikh : 16.07.2022
Masa : 10.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel latihan asas mewarna online dalam laman web coloringpages4u.com ini adalah bertujuan untuk memupuk dan memberi pendedahan awal dan membuka minda peserta tentang asas komputer/ict. Selain itu, bengkel ini juga untuk meningkatkan pengetahuan keselamtan dalam melayari internet dengan memberi pendedahan dalam melayari internet yang selamat seperti permainan pendidikan yang berfaedah ini. Malah, bengkel ini juga secara tidak langsung boleh menjadi penarik dan mempromosikan aktiviti yang diadakan di PEDi kepada peserta

Aktiviti

Dalam aktiviti ini petugas telah mengajar peserta bagaimana cara membuka laman web mewarna secara online iaitu di www.coloringpages4u.com. Setelah itu, petugas telah menerangkan secara ringkas bagaimana cara untuk menggunkan applikasi ini dengan betul agar dapat menghasilkan lukisan warna yang cantik dan mengikut tema lukisan tersebut. Selain itu, peserta diminta untuk memilih lukisan yang ingin diwarna dan petugas mengajar satu persatu langkah untuk mewarna iaitu dengan pemilihan warna yang sesuai mengikut tema lukisan serta bagaimana cara untuk menggunakan alatan yang disediakan untuk mewarna lukisan itu. Melalui aktiviti ini peserta dapat menguji tahap kefahaman dan kemahiran menggunkan teknik yang betul untuk menghasilkan sesuatu lukisan warna yang sesuai dan menarik. Dengan bengkel ini peserta memahami dan  telah berjaya mewarna menggunakan teknik yang telah diajar kepada peserta .

Gambar Disini