Tarikh | : 25.05.20221 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Keusahawanan KDB bersama wanita ini diadakan untuk menerangkan tentang faedah dan manfaat daripada KDB untuk keusahawanan serta menambahkan ilmu pengetahuan peserta dalam ICT..
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dan diterangkan mengenai KDB atau klik dengan bijak serta keusahawanan kepada peserta. KDB ini adalah salah satu aspek penting dalam melayari sesuatu perkara. Aktiviti ini dijalankan sebagai tunjuk ajar kepada peserta tentang etika dalam perniagaan atau usahawan supaya tidak tertipu atau melindungi keselamatan dalam menggunakan ICT sebagai medium dalam menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan atau aktiviti lain. Petugas memberi tunjuk ajar tentang laman web yang betul untuk peserta mempromosikan dan memasukan maklumat serta etika dalam membeli online atau penipuan membeli online yang dijalankan. Malah, Peserta juga telah belajar bagaimana untuk membuat bayaran bil dan melakukan transaksi pembayaran bagi apa-apa urusan termasuk perniagaan, Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik.
Tarikh | : 24.05.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft office (word) Lembaran Kerja bersama pelajar
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan microsoft office untuk menyiapkan lembaran kerja peserta.Dalam bengkel ini petugas menerangkan perkara-perkara asas dalam Microsoft Office seperti cara untuk menyimpan maklumat yang telah dimasukan, cara untuk menukar size atau jenis tulisan serta cara memasukan imej atau jadual dan sebagainya. Petugas mengajar juga mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat reka bentuk gambar atau jenis-jenis reka bentuki yang tersedia didalam Microsoft Word dalam lembaran kerja peserta. Mereka dapat mempelajari dan menyiapkan lembaran kerja dengan baik.
LAPORAN AKTIVITI MEI 2022 - ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB APLIKASI HRMIS (GURU TABIKA) BERSAMA KOMUNITI
Tarikh | : 13.05.2022 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan lamam web Aplikasi HRMIS (Guru Tabika) bersama komuniti
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan laman web HRMIS untuk peserta mengisi maklumat didalam laman web tersebut.Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara untuk kemaskini, memasukan data dan maklumat peserta didalam laman web HRMIS tersebut. Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi maklumat di dalam laman web tersebut dengan baik.
Tarikh | : 16.05.2022 |
Masa | : 9.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Keusahawanan Perniagaan Secara Online Bersama Belia
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan pendekatan secara online atau atas talian untuk keusahawana perniagaan.Dalam bengkel ini petugas telah menerangkan dan membantu peserta untuk mendaftar atau memasukan maklumat produk dalam laman web atau aplikasi online seperti Facebook, Instagram, Shopee dan sebagainya.Malah, dalam kelas ini juga kita membantu peserta untuk menggunakan aplikasi untuk mengadakan perbincangan dan mempromosikan perniagaan secara online yang mana membuka ruang peserta untuk meluaskan perniagaan serta berkongsi idea tentang perniagaan melalui pendekatan secara online ini. Peserta dapat memahami dan berjaya menggunakan pendekatan online dengan baik..
Tarikh | : 10.05.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Pembangunan lamam web pengisian jawatan kosong secara online bersama mahasiswa
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan laman web untuk mengisi atau memohon kerja kosong secara online. Dalam bengkel tersebut petugas membantu dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mencari laman website pekerjaan secara online atau secara atas talian. Petugas juga membantu dengan memberi tunjuk ajar cara mengisi dan mendaftar online untuk memohon kerja kosong dalam sesuatu laman website pekerjaan. Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi atau mendaftar dengan laman web tersebut dengan baik.