Tarikh | : 02.07.2022 |
Masa | : 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas latihan asas menaip untuk lembaran kertas kerja dengan mengguna Microsoft Office Word bersama pelajar sekolah adalah untuk membiasakan peserta dalam penggunaan papan kekunci atau keyboard komputer.Malah,pendedahan untuk menambah pengetahuan ict dan penggunaan asas dalam komputer untuk masa depan terutama bagi pelajar yang masih bersekolah.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan latihan asas yang ditunjuk ajar kepada peserta yang ingin menggunakan Microsoft Office dalam menaip menggunakan applikasi Microsoft Word ini.Dalam latihan ini petugas telah memberi penerangan yang asas mengenai Microsoft Office supaya peserta dapat mengetahui dan memahami cara penggunaan Microsoft Office dengan baik. Petugas mengajar cara menaip yang betul, bagaimana cara kita memilih bentuk tulisan, warna, size dan bentuk kertas yang diiginkan sama ada potrait atau landskap. Selain itu, latihan ini juga akan membiasakan peserta menggunakan papan kekunci atau keyboard komputer untuk memlaksanakan tugas. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara untuk mengedit memasukan imej dan cara menyimpan atau membuat folder untuk menyimpan sesuatu tugasan supaya tidak hilang. Peserta dapat memahaminya dan berjaya menaip dengan baik.