Tarikh | : 03.07.2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel asas teknologi maklumat pengisian online UPU dan kemasukan ipta/ipts bersama lepasan pelajar sekolah adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaiman cara untuk mengisi secara online dan mahir menggunakan komputer serta menambah maklumat tentang ict kepada lepasan pelajar sekolah.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini petugas memulakan dengan memberi penerangan tentang maklumat asas tentang komputer dan browser serta internet yang akan digunkan untuk melayari dan bagaimana kita menggunakan tersebut untuk melayari bagi mengisi maklumat secara atas talian (online). Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengisi online kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan meminta peserta menlayari laman web upu atau institut pengajian tinggi untuk pengisian data atau maklumat peribadi peserta. Selain itu, para peserta diajar bagaimana cara untuk mengisi maklumat data dan pemilihan kategori-kategori yang ingin dipohon oleh peserta mengikut institusi pengajian tinggi pilihan peserta sendiri. Dengan bengkel ini peserta telah berjaya mengisi kemasukan ke pengajian tinggi dengan baik.