Tarikh | : 19.01.2023 |
Masa | : 02.30 PTG - 05.30 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan ringkas untuk aktiviti bengek tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan applikasi microsoft excel dalam membuat lejar dan buku tunai untuk memudahkan aktiviti para peserta terutama bagi yang menjalan keusahawanan atau untuk membezakan pengeluaran dan masuk sesautu barang atau duit. Petugas membantu peserta dengan memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat lejar dan buku tunai dengan menggunakan excel ini seperti membuat tajuk atau nama syarikat , membuat jadual mengikut format, cara menggunakan autosum dan sebagainya. Kaedah ini memudahkan peserta merekod dan pengiraan secara automatik kemasukan dan pengeluaran yang dilakukan. Peserta memahami dan berjaya menyiapkan lejar dan buku tunai dengan baik.