Tarikh | : 18.01.2023 |
Masa | : 10.00 PG - 12.00 PTG |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 8 Orang |
Tujuan
bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi dalam kalangan kanak-kank. Malah, bengkel ini juga bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam penggunaan ict. Hal ini seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini serta pendedahan awal ini dapat melatih peserta mahir menggunakan ict dan kreatif dalam pembelajaran.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan peserta memilih pilihan tema permainan pendidikan dalam laman web uptoten yang telah petugas sediakan. Setelah itu, peserta diminta oleh petugas untuk memilih permainan pendidikan sambil mewarna dan meminta peserta membuka mengikut arahan petugas. Peserta mula mewarna mengikut pilihan warna yang dirasa bersesuaian oleh peserta. Selain itu, peserta juga bermain dengan permainan menganal huruf disamping mewarna. Melalui, permianan ini peserta dapat belajar cara mewarna dan mengenal huruf atau number malah, melalui permainan ini juga secara langsung dapat membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta pendedahan ini akan mewujudkan kanak-kanak yang bijak dalam mencari maklumat. Peserta berjaya menyiapkan aktiviti mewarna dan memahami dengan baik.