Mengusahakan pelbagai jenis kek

Nama : Noor Azira Bt Omar
Umur : 37 tahun
Ahli : 22 Jun 2018
No Tel : 011-25402754
Facebook https://www.facebook.com/aziera.bella.9

 

Latar belakang

Puan Azira mula berniaga secara online pada tahun 2017. Baliau membuat tempahan kek pada majlis-majlis pernikahan, harijadi dan pelbagai lagi majlis. Beliau sangat dikenali menerusi facebooknya ‘Azira Bella’. Melalui jualan secara online, beliau juga membuat COD rumah ke rumah mengikut tempahan yang diterima. Beliau banyak menghasilkan pelbagai jenis kek mengikut citarasa pengguna. beliau juga sering datang ke Pusat Internet bagi meminta tunjuk ajar bagaimana untuk terus mengekalkan perniagaannya menerusi perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk sekarang melebihi RM1500

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mengikuti bengkel keusahawanan bersama e-halal JAKIM di Pusat Internet Seberang Jerteh. Melalui program ini, beliau dapat meluaskan lagi pasarannya dengan mewujudkan peluang perniagaannya secara meluas agar lebih dikenali. Pelanggan beliau dari seluruh Malaysia yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook miliknya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 sebulan.