ZUSMANI BT ZAKARIA

Dewasa Wanita Celik IT mampu melakukan pelbagai jenis kerja dalam satu masa

Nama : Zusmani Bt Zakaria
Umur : 47 tahun
Ahli : 23 Nov 2013
No Tel : 013-9175674
Facebook https://www.facebook.com/zusmani.zakaria.7

 

Latar belakang

Puan Zusmani tinggal di Kg Tok Has. Beliau juga mengusahakan peternakan kambing dan lembu bagi mencari pendapatan sara hidup bulanan. Beliau juga mahir dalam urutan saraf dimana beliau mahir mengurut samaada lelaki ataupun perempuan. Beliau juga sering mengambil tempahan menjahit baju dan langsir bagi menampung kos sara hidup setiap hari. Memiliki 5 orang anak yang masih bersekolah, Puan Zusmani sering datang ke Pusat Internet Seberang Jerteh bagi meminta tunjuk ajar menggunakan computer bagi mencari pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengannya di sekitar Besut, Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau jadikan Pusat Internet Seberang Jerteh sebagai tempat ‘Centre’ bagi mencari apa-apa maklumat semasa. Beliau banyak meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan peralatan computer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering hadir ke program-program yang diadakan di Pusat Internet Seberang Jerteh dan kini beliau telah mahir menggunakan computer dan mempunyai akaun facebook sendiri