Mengusahakan produk kecantikan korea secara online

Nama : Nor Asiah Bt Hassan
Umur : 29 tahun
Ahli : 19 Mac 2018
No Tel : 019-367284
Facebook https://www.facebook.com/happyningkorea/  

 

Latar belakang

Puan Noor Asiah mula berniaga secara online pada tahun 2016. Baliau memperkenalkan produk dari Korea kepada orang ramai menerusi offline kepada kenalan-kenalan terdekat. Beliau memulakan perniagaan menerusi online bersama temannya yang berada di Korea dan sering berhubung secara atas talian bagi pengeposan barang-barang ke Malaysia. Beliau juga memasarkan produknya ke laman sesawang 11street dan Shopee menggunakan nama samara “happyning produk”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk sekarang melebihi RM2000

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mengikuti program erezeki dan bengkel keusahawanan di Pusat Internet Seberang Jerteh. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan intagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000