Tarikh | : 27.04.2024 |
Masa | : 2.00 ptg - 3.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang stem iot iaitu rangkaian (devices atau peranti) yang disambungkan kepada rangkaian internet yang membolehkan peranti-peranti ini berkomunikasi, mengumpul data dan bertindak balas dengan baik. Dengan ini peserta dapat mencari maklumat dan bahan atau idea untuk menghasilkan aktiviti ini. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini merupakan aktiviti mencipta atau menghasilkan payung terjun (parachute) yang mana aktiviti ini adalah experiment untuk melihat daya tarikan graviti sesbuah payung yang dihasilkan. Dalam aktiviti ini petugas telah membuat demostrasi terlebih dahulu supaya peserta dapat gambaran bagaimana cara untuk menghasilkannnya. Antara bahan yang digunakan adalah plastik, benang atau tali nipis, penebuk lubang, gelas dan juga gunting. Peserta mula menghasilkan payung terjun dengan melipat plastik seterusnya menebuk atau mengunting empat bucu plastik dan diikatkan dengan benang atau tali. Tali atau benang selebihnya diikatkan pada gelas yang telah dibuatkan lubang dan akhir sekali, payung itu diuji untuk melihat sama ada ia dapat terbang atau tidak. Peserta sangat seronok dan berjaya menerbangkan payung tersebut dengan bantuan petugas.
Tarikh | : 27.04.2024 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir malah, untuk mendedahkan dan memperkenalkan applikasi yang dapat digunakan oleh peserta dalam urusan pembelajran mahupun urisan lain. Sekali gus,ini dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it dan juga kelas ini dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk membuka applikasi canva dan peserta dimimta untuk memilih "template" kad yang bertemakan kad hari raya. Selepas kesemua mereka memilih "template" tersebut peserta mula menyunting dengan bantuan dan bimbingan petugas NADI. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menyunting ayat atau perkataan, bagaimana cara untuk masukkan gambar, mengubah warna latar atau tulisan dan sebagainya. Peserta mengikut langkah dan teknik yang telah diajarkan sehingga mereka berjaya menyiapkan kad hari raya tersebut dengan baik.
Tarikh | : 17.04.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk membantu serta melatih peserta dalam penggunaan teknologi maklumat atau ict yang mana ia akan dapat meningkatkan kemahiran dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat dan dapat menyelesaikan urusan seharian peserta dengan menggunakan applikasi komputer. Selain itu, untuk menggalakan dan memperluaskan lagi penggunaan ict dan keterlibatan mereka terhadap dunia digital dan ict ini. Sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diajarkan kemahiran dalam membuat slide pembentagan menggunakan applikasi Microsoft Office dan juga applikasi laman web rasmi masing-masing. Dalam bengkel ini petugas telah mengajar bagaimana cara untuk membuat slide dan bagaimana cara untuk mengisi maklumat dalam laman web serta cara untuk menyalin (copy) maklumat dari laman web ke slide pembentagan tersebut. Malah, peserta juga dibantu dengan mengajar bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat di slide pembentagan dari cara menukarkan size, tambah slide, penukaran template slide, cara masukkan data, gambar dan sebagainya. Dengan bimbingan dan teknik yang diajarkan peserta dapat membuat slide sendiri dengan baik dan memahami apa yang telah diajarkan.
Tarikh | : 25.04.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan platform shopee dalam membuka kedai shopee bagi peserta yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu perniagaan atau pemasaran produk secara online. Selain itu, bengkel ini membuka peluang peserta untuk memasarkan produk secara digital seiring dengan perkembangan teknologi ini membolehkan peserta memasarkan dan menjual melalui platform online seperti shopee. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini memfokuskan pada platform shopee iaitu bagaimana cara peserta membuka kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan satu persatu langkah bagaimana untuk membuka kedai atas talian dan juga shopee affiliate iaitu mereka perlu memuat turun applikasi shopee dan mendaftarkan akaun shopee, akaun kedai dan akaun untuk affiliate dalam applikasi tersebut. Selepas itu, peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.
Tarikh | : 16.04.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedehan kemahiran pembelajaran berpendidikan secara atas talian. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer atau teknologi dan juga mendidik peserta dalam pencarian maklumat yang bermanfaat kepada mereka. Selain itu dengan aktiviti ini dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PEDI kepada orang ramai.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini memfokuskan pembelajaran secara atas talian dalam applikasi liveworksheet. Terdapat pelbagai pilihan permainan atau bahan pembelajaran yang berbentuk kuiz dan juga games berpendidikan. Dalam bengkel ini peserta diminta untuk membuka applikasi tersebut dan perlu menjawab kuiz yang dipilih oleh petugas malah, peserta juga diajarkan bagaimana cara untuk menjawab atau bagaimana untuk memilih jawapan menggunakan papan kekunci untuk menaip soalan atau menggunakan tetikus. Akhir sekali peserta akan menyemak keputusan sama ada betul atau salah jawapan yang telah dipilih. E-learning ini antara aktiviti percuma yang diajarkan kepada peserta dan diharapkan aktiviti ini juga dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai aktiviti bermanfaat ini di pedi.