Tarikh : 15.04.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : Pedi Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ict dan kegunaan komputer dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah agar  mahir dalam penggunaan komputer serta melatih untuk meningkatkan kemahiran dan juga pemikiran yang kreatif melalui pembelajaran berpendidikan ini. Selain itu, dengan adanya kelas ict ini secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti pembelajaran berpendidikan secara atas talian melalui applikasi pembelajaran dan permainana berpendidikan. Aktiviti ini bermula dengan membuka laman web ABCYA untuk bermain sambil belajar dalam applikasi tersebut. Petugas akan memilih aktiviti permainan yang berbentuk pelajaran mengenal huruf atau nombor dan diajarkan bagaimana cara untuk bermain permainan berbentuk pembelajaran dan kuiz ini supaya mereka faham bagaimana ia berfungsi serta mudah untuk diterima ilmu sebegini kerana ia tidak akan membosankan sekali gus pembelajaran ini akan membuat mereka lebih fokus  terhadap pemkbelajaran ini. Peserta sangat seronok dan teruja dalam menyelesaikan permainan berpendidikan ini.

Gambar Disini