Tarikh : 27.04.2024
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel steam ini diadakan adalah bertujuan untuk membina pemikiran kreatif dan memupuk sifat kerjasama melalui aktiviti steam ini. Selain itu, aktiviti ini juga secara langsung dapat mendedahkan peserta terhadap ict melalui carian pendidikan steam ini sekali gus, aktiviti percuma ini dapat menarik minat komuniti menyertai dan memperluaskan lagi promosi Pedi ini.

Aktiviti

Sebelum peserta memulakan aktiviti stem ini peserta telah diberikan penerangan serta demostrasi melalui video supaya peserta memahami bagaimana cara untuk membuat eksperiment ini. Dalam aktiviti peserta diberikan baha-bahan yang disediakan oleh Petugas Pedi seperti air, pewarna, gelas, sudu dan tisu diberikan. Aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan dan membentuk kerjasama melalui aktiviti steam ini. Permulaan aktiviti ini peserta akan memasukan terlebih dahulu air dan pewarna. Air dan pewarna tersebut perlu dilarutkan dan setelah kesemua bahan terlarut, peserta akan meletakan tisu ke dalam gelas dan perlu menunggu untuk melihat bahan pergerakan dan penyerapan air berwarna ke gelas lain melalui tisu. Akhir sekali peserta dapat melihat pergerakan air tersebut dan menerangkan kembali secara ringkas daripada experiment tersebut. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi serta dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi serta pengalaman harian peserta. Peserta berjaya menjalankan experiment pergerakan air dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 27.04.2024
Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan dan memperkenalkan peserta terhadap stem iot (integrating internet of things) kepada peserta yang mana stem ini memfokuskan pelbagai bidang seperti sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Dengan pendedahan ini akan dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan masyarakat selain itu, dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai pemikiran kreatif, inovasi dan celik it. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti mencipta atau menghasilkan kapal layar menggunakan straw. Antara bahan yang digunakan dalam binaan kapal layar ini adalah, straw, double tap, gunting, dan juga span yang telah disediakan oleh petugas NADI. Petugas telah membuat demostrasi dan juga menunjukkan video cara untuk menghasilkan binaan kapal layar menggunakan straw ini. Peserta mula menghasilkan binaan tersebut dengan membuat tapak kapal layar tersebut dan menghasilkan mengikut kreativiti masing-masing berpandukan video dan juga bimbingan daripada peserta. Akhir sekali, peserta dapat menerangkan secara ringkasb aktiviti penghasilan atau penciptaan kapal layar menggunakan straw ini. Peserta sangat bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kapal layar tersebut dengan jayanya..

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 20.04.2024
Masa : 10.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict dan juga applikasi dalam komputer yang boleh dimanfaatkan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan seharian.  Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan berinovasi serta celik it seiring dengan kemajuan teknologi kini. Selain itu, bengkel ini dapat memperluaskan lagi perkhidmatan yang terdapat di pedi.

Aktiviti

Aktiviti bengkel ini adalah merupakan aktiviti keusahawanan asas Microsoft Excel. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk menaip menggunakan excel, membuat jadual, merekod keuntungan dan pengeluaran produk menggunakan Microsoft Excel. Peserta diajarkan bagaimana cara asas menggunakan Microsoft Excel seperti penggunaan ';merge and centre', bagaimana untuk membuat garisan, menukar tulisan, size dan sebagainya. Dalam aktiviti bengkel ini peserta diajarkan bagaimana untuk membuat jadual dengan menggunakan "table yang disediakan atau menggunakan berus. Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menaip maklumat jualan ke dalam jadual dengan menggunakan "merge and centre" supaya maklumat berada dalam kotak, bagaimana cara untuk memadam, bagaimana cara untuk menggunakan format excel dan lain-lain. Peserya berjaya dalam menggunakan Microsoft Excel dengan teknik dan pemahaman yang telah diajarkan berserta bimbingan daripada petugas.

Gambar Disini

 

Tarikh : 23.04.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan peluang peserta dalam menjawab peperiksaan melalui atas talian. Secara langsung ini dapat mendedahkan peserta terhadap ict dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan komputer. Dengan ini juga dapat menarik minat komuniti untuk datang ke NADI bagi menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan disini.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas internet dan bagaimana cara untuk mencari laman web peperiksaan tersebut. Dalam bengkel ini peserta diajarkan bagaimana cara untuk masuk ke dalam sistem menggunakan "link" yang telah diberikan dan bagaimana teknik menjawab melalui atas talian mengikut panduan yang diberikan. Peserta berjaya menjawab soalan dengan baik. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 19.04.2024
Masa : 4.00 ptg -6.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 2 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keuasahawanan adalah bertujuan untuk mendedahkan dan membantu peserta dalam teknik asas komputer dan applikasi yang boleh peserta gunakan untuk urusan jualan perniagaan mereka. Selain itu, dengan bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran it dan juga   meningkatkan pengetahuan peserta dalam perniagaan perdigitilan.  Sekali gus dengan bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDi.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan pada internet dan juga penerangan secara ringkas tentang applikasi yang digunakan untuk membuat jadual jualan. Peserta diajarkan bagaimana cara untuk menggunakan "menu" yang terdapat dalam applikasi Microsoft Word seperti "layout", "format gambar", size, warna, "table" dan sebagainya. Peserta diajarkan teknik membuat jadual sama ada membuat sendiri jadual menggunakan berus atau memilih kotak jadual yang telah disediakan dalam applikasi tersebut. Selain itu, peserta jugadibimbing dan dibantu oleh petugas bagaimana cara untuk memasukkan maklumat atau rekod jualan mengikut urutan sehingga peserta dapat membuat sendiri. Peserta berjaya membuat jadual jualan dengan baik.

Gambar Disini