Tarikh : 27.04.2024
Masa : 2.00 ptg - 3.00 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

 Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang stem iot iaitu rangkaian (devices atau peranti) yang disambungkan kepada rangkaian internet yang membolehkan peranti-peranti ini berkomunikasi, mengumpul data dan bertindak balas dengan baik. Dengan ini peserta dapat mencari maklumat dan bahan atau idea untuk menghasilkan aktiviti ini. Sekali gus, dapat memperluaskan dan memperkembangkan pusat internet kepada semua komuniti.

Aktiviti

Aktiviti ini merupakan aktiviti mencipta atau menghasilkan payung terjun (parachute) yang mana aktiviti ini adalah experiment untuk melihat daya tarikan graviti sesbuah payung yang dihasilkan. Dalam aktiviti ini petugas telah membuat demostrasi terlebih dahulu supaya peserta dapat gambaran bagaimana cara untuk menghasilkannnya. Antara bahan yang digunakan adalah plastik, benang atau tali nipis, penebuk lubang, gelas dan juga gunting. Peserta mula menghasilkan payung terjun dengan melipat plastik seterusnya menebuk atau mengunting empat bucu plastik dan diikatkan dengan benang atau tali. Tali atau benang selebihnya diikatkan pada gelas yang telah dibuatkan lubang dan akhir sekali, payung itu diuji untuk melihat sama ada ia dapat terbang atau tidak. Peserta sangat seronok dan berjaya menerbangkan payung tersebut dengan bantuan petugas.

Gambar Disini