Tarikh | : 25.04.2024 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : Pedi Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan tentang keusahawanan platform shopee dalam membuka kedai shopee bagi peserta yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan ilmu perniagaan atau pemasaran produk secara online. Selain itu, bengkel ini membuka peluang peserta untuk memasarkan produk secara digital seiring dengan perkembangan teknologi ini membolehkan peserta memasarkan dan menjual melalui platform online seperti shopee. Sekali gus, bengkel yang diadakan ini akan dapat mempromosikan kepada komuniti tentang aktiviti lain yang dijalankan selain daripada perkhidmatan yang sedia ada di PEDI.
Aktiviti
Bengkel ini memfokuskan pada platform shopee iaitu bagaimana cara peserta membuka kedai atas talian. Dalam bengkel ini peserta diterangkan dan diajarkan satu persatu langkah bagaimana untuk membuka kedai atas talian dan juga shopee affiliate iaitu mereka perlu memuat turun applikasi shopee dan mendaftarkan akaun shopee, akaun kedai dan akaun untuk affiliate dalam applikasi tersebut. Selepas itu, peserta diajarkan juga bagaimana cara untuk memasukan produk jualan dan juga keterangan atau maklumat produk seperti size, warna, berat, nama produk dan sebagainya. Bengkel ini membuka peluang peserta untuk memperluaskan dan meningkatkan pemasran serta jualan produk usahawan. Peserta dapat memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam bengkel tersebut.