Tarikh : 14.03.2022
Masa : 04.00 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Asas Penggunaan Aplikasi Canva Bersama Mahasiswa

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi Canva dengan mudah dan sebagai tambahan ilmu untuk perisian dalam komputer.Peserta dapat mempelajari dan didedahkan pelbagai kemudahan yang tersedia dalam aplikasi Canva seperti infografik, design atau template untuk membuat kad yang kreatif secara online. Dalam bengkel ini petugas telah mengajar bagaimana cara untuk membuat kad, menulis seta memasukan imej atau menukar rekabentuk seperti warna atau tulisan di dalam aplikasi ini. Peserta memahami dengan baik dan dapat belajar dalam keadaan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 11.03.2022
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel membuat resume dengan menggunakan Microsoft Office (Word) bersama belia.

Aktiviti

Bengkel ini dijalankan untuk memberi tunjuk ajar peserta bagaimana cara membuat resume melalui Microsoft Word ini.Peserta juga diajar cara yang mudah membuat resume dengan menggunakan format atau reka bentuk yang ada dalam Microsoft Word atau dengan membuat sndiri reka bentuk dari peserta sendiri. Melalui Microsoft Word ini membolehkan peserta menukar format daripada dokumen word kepada pdf yang lebih kemas. Penggunaan Microsoft Word ini memudahkan peserta mengemaskini resume atau membuat penambahan sesuatu tentang maklumat diri dari semasa ke semasa memandangkan kebanyakkan komputer atau laptop mempunyai perisian Microsoft Word ini. Peserta dapat memahami dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 18.02.2022
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Penggunaan Microsoft Excel bersama belia

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar perkara asas bagaimana untuk menggunakan Microsoft Excel bagi memudahkan kerja atau pembelajaran. Peserta diajar perkara asas dalam Microsoft Excel seperti membuat jadual untuk laporan kewangan. Selain itu, Peserta mempelajari teknik pembuatan grafik seperti jadual atau rajah, malah, peserta dapat membuat jadual atau data degan lebih tepat dan senang dengan menggunakan Microsoft Excel ini. Peserta memahami dan dapat belajar dalam keadaan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 07.03.2022
Masa : 02.00 ptg - 04.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 5 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Penggunaan Microsoft Office Power Point bersama pelajar sekolah

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar dan diperkenalkan peserta dengan perkara asas bagaimana untuk menggunakan Microsoft Power Point untuk penambahan ilmu dan pendedahan mereka terhadap kemudahan yang sedia ada dalam perisian komputer. Dalam bengkel ini peserta diajar perkara asas dalam Microsoft Power point seperti membuat slide pembentangan grafik jadual dan sebagainya. Selain itu, Peserta juga telah mempelajari bagaiman untuk memasukan imej dan menyimpan tugasan supaya ia tidak hilang.Malah, perisian ini sangat mudah dan senang untuk peserta mempelajari kerana ia sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti menambah gambar atau animasi, memasukan video dan mengubah model tulisan dan sebagainya yang mana ia membantu peserta untuk mendapatkan hasil yang baik dan sempurna. Peserta memahami dan dapat belajar dalam keadaan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 11.02.2022
Masa : 9.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 10 orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Penggunaan Microsoft Office Excel, Power Point dan Microsoft Word bersama komuniti

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta didedahkan dengan asas Microsoft Office yang terdiri daripada Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Dalam bengkel ini petugas mengajar bagaimana untuk menggunakan microsoft office sebagai latihan asas untuk memudahkan dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan untuk penggunaan Microsoft Office dalam menjalankan tugas. Mereka mempelajari cara menaip di Microsoft Word dengan betul dan cara untuk simpan setelah kita menaip supaya ia tidak hilang. Selain itu, di bengkel itu juga petugas telah mengajar mereka asas untuk menggunakan Microsoft Excel dengan mudah seperti cara membuat jadual dan menulis dalam Excel. Malah dalam bengkel itu juga mereka ada mempelajari asas dalam Power Point untuk membuat pembentangan atau membuat nota yang ringkas seperti menaip dan memasukan gambar atau carta menggunakan Microsoft Power Point. Mereka telah mempelajari perkara - perkara lain yang asas dengan baik.

Gambar Disini