Tarikh | : 11.02.2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Penggunaan Microsoft Office Excel, Power Point dan Microsoft Word bersama komuniti
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta didedahkan dengan asas Microsoft Office yang terdiri daripada Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Dalam bengkel ini petugas mengajar bagaimana untuk menggunakan microsoft office sebagai latihan asas untuk memudahkan dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan untuk penggunaan Microsoft Office dalam menjalankan tugas. Mereka mempelajari cara menaip di Microsoft Word dengan betul dan cara untuk simpan setelah kita menaip supaya ia tidak hilang. Selain itu, di bengkel itu juga petugas telah mengajar mereka asas untuk menggunakan Microsoft Excel dengan mudah seperti cara membuat jadual dan menulis dalam Excel. Malah dalam bengkel itu juga mereka ada mempelajari asas dalam Power Point untuk membuat pembentangan atau membuat nota yang ringkas seperti menaip dan memasukan gambar atau carta menggunakan Microsoft Power Point. Mereka telah mempelajari perkara - perkara lain yang asas dengan baik.