Tarikh : 23.04.2022
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Adobe Publisher Rekabentuk Kad Ucapan Hari Raya bersama Pelajar Sekolah

Aktiviti

Peserta ingin belajar cara membuat kad ucapan sempena hari raya dengan menggunakan Adobe Publisher. Dalam bengkel ini Pelatih telah mengajar asas-asas dalam publisher terutama cara membuat kad.Bagaimana cara untuk menyunting menggunakan paint, tulisan, rekabentuk, size ukuran dan sebagainya yang mudah untuk mereka pelajaari. Peserta dapat memahaminya dan menyelesaikan dengan baik.

Gambar Disini


 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 18.04.2022
Masa : 10.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Asas penggunaan Adobe Photoshop dalam membuat suntingan imej dan poster bersama mahasiswa

Aktiviti

Dalam aktiviti petugas telah mengajar asas-asas dan cara menggunakan Adobe Photoshop dalam membuat suntingan imej atau poster. Pengajar mengajar dan menerangkan bagaimana cara menggunakan Adobe Photoshop dengan betul. Bengkel ini peserta diajar tentang cara suntingan imej, meletakan atau memasukan imej dan sebagainya melalui Adobe Photoshop ini.Pengajar juga telah mengajar peserta tentang alat yang digunakan untuk membuat suntingan tersebut, selain itu, peserta diterangkan tentang asas dalam Adobe Photoshop seperti penggunaan layer photoshop, size ukuran, cara menyimpan hasil kerja dan lain-lain.Melalui cara suntingan yang betul ini peserta dapat menggunakan suntingan imej atau poster dalam tugas peserta. Peserta dapat memahaminya dan menyelesaikan dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 06.04.2022
Masa : 02.30 ptg - 04.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Microsoft Office Lembaran Kerja Menggunakan Microsoft Word

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta didedahkan dengan asas-asas Microsoft Office. Dalam bengkel ini petugas mengajar bagaimana untuk menggunakan microsoft office ini bagi memudahkan dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan untuk peserta menggunakan dalam lembaran kerja. Peserta diajar cara menaip di Microsoft Word dan juga cara bagaimana untuk menyimpan hasil kerja mereka supaya tidak hilang dan boleh peserta menyambung semula kerja-kerja menaip semula di Microsoft Word ini. Malah, Microsoft ini diajar supaya mereka mengetahui cara untuk menaip dengan betul serta kelebihan yang ada jika menggunakan Microsoft Word seperti boleh mengubah jenis tulisan, membuat jadual meyusun mengikut muka surat dan sebagainya. Mereka telah mempelajari dengan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 10.04.2022
Masa : 10.30 pg - 12.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Asas Penggunaan Canva dalam membuat resume bersama belia

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan Canva untuk membuat resume dengan mudah. Peserta dapat mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia dalam Canva seperti infografik, design atau reka bentuk template yang telah disediakan dalam Canva. Peserta boleh memilih untuk membuat sendiri reka bentuk atau jenis bentuk design yang diiginkan melalui atas talian (online). Dalam bengkel ini petugas telah mengajar bagaimana cara untuk membuat resume, menaip, serta memasukan imej gambar dan juga menukar reka bentuk tulisan warna dan sebagainya di dalam aplikasi ini. Peserta dapat memahami dan dapat belajar dalam keadaan baik.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 20.03.2022
Masa : 10.00 pg - 12.00 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta

: 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel Asas Pembangunan Laman Website Pengisian SPA9 Bersama Belia

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan laman web tersebut. Dalam bengkel tersebut petugas membantu dengan memberi tunjuk ajar cara untuk mendaftar dan mengisi maklumat dalam website SPA9 tersebut. Melalui tunjuk ajar tersebut peserta berjaya mengisi atau mendaftar dengan laman web tersebut dengan lancar.

Gambar Disini