Tarikh | : 05/02/2022 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft Office Word Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar Sekolah Menengah.
Aktiviti
Bengkel Microsoft Word dijalankan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam menyiapkan tugasan kerja kursus sekolah peserta. Dalam bengkel Microsoft Office ini petugas telah memberi tunjuk ajar yang asas iaitu bagaimana cara menyimpan maklumat yang dimasukan melalui applikasi ini. Malah, petugas juga telah memberi tunjuk ajar mengenai cara untuk memindahkan dan meletakan gambar ke dalam Microsoft Word ini serta cara menaip yang betul dan kemas dalam menyiapkan tugasan tersebut. Melalui bengkel ini peserta dapat memahami dan menyiapkan tugasan kerja kursus dengan baik.
Tarikh | : 04/02/2022 |
Masa | : 9.30 pg - 12.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Penggunaan Shopee Keusahawanan Shopee Bersama Suri Rumah
Aktiviti
Bengkel asas keusahawanan shopee ini dijalankan bersama suri rumah adalah untuk mengajar asas untuk menjadikan shopee sebagai salah satu cabang untuk menjual selain menggunakan shopee sebagai tempat untuk membeli-belah. Dalam bengkel ini peserta telah belajar bagaimana cara untuk mendaftar akaun untuk menjalankan perniagaan. Peserta juga diajar cara untuk mengemaskini profil kedai dan memasukan maklumat produk serta harga yang ingin dijual di dalam aplikasi shopee. Melalui bengkel ini peserta dapat memahami dan menggunakan aplikasi ini dengan baik.
Tarikh | : 16.01.2022 |
Masa | : 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Microsoft Office Word Lembaran Kerja Kursus Pelajar Bersama Pelajar Sekolah Menengah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan kerja kursusnya.Peserta diajar cara meletakan atau memasukan imej ke dalam Microsoft Word dan belajar cara menaip serta asas - asas dalam Microsoft Word. Peserta dapat memahami dengan baik.
Tarikh | : 03 FEB 2022 |
Masa | : 10.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Meningkatkan dan memperkenalkan kemahiran baru mengenai Karen Smart Typing kepada pelajar sekolah rendah agar mereka mahir dan menambahkan ilmu dalam menggunakan asas applikasi tersebut
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Peserta diajar cara menaip dengan menggunakan applikasi Karen Smart Typing. Karen Smart Typing ini memudahkan proses pembelajaran dan membantu mereka dalam asas menaip dengan mudah.Peserta dapat memahami dengan baik.
Tarikh | : 15.01.2022 |
Masa | : 2.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Adobe Photoshop membuat Suntingan Imej dan Poster bersama Belia.
Aktiviti
Peserta ingin mempelajari cara suntingan untuk imej dan poster. Pelatih telah mengajar bagaimana cara untuk membuat suntingan dengan betul. Peserta diajar cara meletakan atau memasukan imej dan perkara asas untuk suntingan imej dan poster melalui applikasi Adobe Photoshop ini.Melalui cara suntingan yang betul ini peserta dapat menggunakan suntingan imej atau poster dalam tugas peserta. Peserta dapat memahaminya dan menyelesaikan dengan baik.