Tarikh : 08.05.2023
Masa : 2.30 ptg - 04.30 ptg
Lokasi : PI Seberang Jerteh
Peserta : 1 Orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Selain itu, bengkel ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta terhadap fungsi dan kegunaan ict yang banyak memberikan manfaat dan memudahkan urusan seseorang. Dengan adanya bengkel sebegini ia mampu untuk memperluaskan lagi nama PEDI dan perkhidmatan yang terdapat disini.

Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan juga bagaimana cara untuk  menaip menggunakan keyboard. Peserta diajar bagaimana cara untuk memasukan imej sebagai 'latterhead' ke dalam microsoft word. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana cara penggunaan keyboard seperti 'capslock', 'space', 'ctrl+c' dann lain-lain untuk memudahkan peserta menaip dengan baik. Malah, menu dalam applikasi tersebutt juga turut diajar kepada peserta seperti bagaimana cara untuk menukarkan tulisan, size tulisan, cara membuat garisan atau jadual dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip dan peserta memahami dengan baik.

Gambar Disini