Tarikh | : 19.04.2023 |
Masa | : 10.30 pg - 12.30 pg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai komputer dan applikasi yang terdapat dalam ict. Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang terdapat dalam ict terutama dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Oleh itu, dengan bengkel ini dapat memberi peluang peserta untuk menimba ilmu dan juga sekali gus dapat mempromosikan perkhidmatan dan bengkel yang terdapat disini.
Aktiviti
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi microsoft word dan keyboard komputer dalam menaip di applikasi tersebut serta bagaimana format surat rasmi sebelum peserta menaip surat di microsoft word. Peserta diajar bagaimana untuk membuat garis panjang, bagaimana untuk menaip alamat dengan format surat rasmi, bagaimana untuk menggunakan menu yang terdapat dalam microsoft word dan sebagainya. Petugas membantu sehingga peserta berjaya menaip surat rasmi dan peserta memahami dengan baik.