Tarikh | : 14.07.2023 |
Masa | : 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai ict untuk mencari maklumat dan juga dan melatih serta meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan ict serta penggunaan komputer. Selain itu, dengan perkembangan teknologi ini juga kita mamou untuk mempelajari atau menghadari kelas serta bengkel secara atas talian atau secara jarak jauh tanpa perlu bersemuka. Secara langsung ini juga dapat mempromosikan perkhidmatan secara meluas kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini merupakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris yang dijalankan pedi secara atas talian atau online untuk peserta yang telah berdaftar. Bengkel e-tuisyen ini dijalankan secara atas talian menggunakan applikasi zoom. Petugas membantu peserta untuk membuka dan mengajar perkara asas yang digunakan dalam zoom seperti cara untuk menaip di ruangan chat, membuka gambar dan juga audio. Dalam kelas online ini juga peserta akan diberikan nota secara percuma untuk topik pada hari tersebut dalam bentuk pdf. Peserta berjaya memasuki kelas online dan memahami apa yang telah diajar dalam kelas tuisyen tersebut dengan baik.
Tarikh | : 13.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti terhadap kepentigan dan kegunaan ict dalam perniagaan dan juga meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ict serta pencarian maklumat. Selain itu, dengan adanya kelas ushawan ini dapat memberi pengetahuan tentang dunia perniagaan secara digital dan secara langsung dapat meluaskan lagi promosi serta hebahan perkhidmatan yang terdapat di pedi ini.
Aktiviti
Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai etikan perniagaan dan juga aspek utama dalam dandanan diri atau keterampilan diri yang mana kedua-dua ini sangat peting untuk seorang usahawan dan yang lain-lain. Bengkel ini merangkumi tentang etika perniagaan yang mana etika keterampilan diri di beri keutamaan selain daripada tingkahlaku dalam perniagaan. Hal ini kerana pengurusan imej yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak kerana kebanyakan orang akan membuat penilaian berdasarkan pandangan pertama. Selain itu, dalam bengkel tersebut di beri contoh bagaimana dandanan yang betul dari segi pemilihan warna, kasut, dan lain-lain untuk memudahkan peserta memhami etika keterampilan yang betul dalam perniagaan. Peserta berjaya menghabiskan kelas dan memahami dengan baik.
Tarikh | : 11.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fungsi ict. Malah, pendedahan ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang bijak dan inovasi dalam menjalankan sesuatu tugas di samping dapat membiasakan dan mahir dengan penggunaan komputer.
Aktiviti
Topik pada bengkel secara atas talian ini ialah mengenai penulisan resume untuk pemasaran kerja bagi peserta yang masih mencari kerja atau lepasan sekolah dan universiti. Dalam bengkel ini diterangkan bersama contoh tentang aspek utama atau perkara yang penting untuk dimasukan dalam resume dan juga perkara yang tidak perlu dimasukan dalam resume. Selain itu, dalam bengkel online ini juga peserta diterangkan tentang pemilihan size dan jenis tulisan yang digunakan untuk penulisan resume. Malah, dalam bengkel online ini juga peserta diberi contoh-contoh atau jenis-jenis resume yang sesuai dengan maklumat yang tepat ditunjukkan dalam bengkel tersebut supaya peserta dapat membezakan dan boleh digunakan sebagai rujukan untuk membuat resume. Peserta memahami dengan baik apa yang telah disampaikan dalam kelas online tersebut.
Tarikh | : 12.07.2023 |
Masa | : 11.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan dan menyampaikan maklumat yang relevan terutama. Kemahiran yang ada mengenai ict ini juga dapat mewujudkan usahawan yang inovasi dalam bidang pertanian dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mampu membawa nama negara ke peringkat global. Secara langsung, ini dapat memperluaskan dan memperkenalkan perkihidmatan pedi kepada komuniti.
Aktiviti
Bengkel ini adalah mengenai agro teknologi pertanian yang dijalankan secara online. Dalam bengkel online ini telah diterangkan tentang agroteknologi pertanian yang mana ia merupakan pelajaran asas mengenai bidang teknologi pertanian yang memberi impak besar dalam bidang pertanian. Kelas ini bantak memberi tumpuan kepada pertanian secara smart farming, pertanian hidroponik, jenis tanaman, agenda tanaman dan sebagainya serta bagaimana treknologi membantu dalam pertanian, faedah yang diperolehi serta pengurusan pertanian menggunakan teknologi dalam pertanian. Peserta memahami dengan baik mengenai pertanian agroteknologi ini.
Tarikh | : 10.07.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan keapada peserta tentang bagaimana cara untuk mengisi borang secara online atau atas talian. Dengan pendedahan ini peserta dapat mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap ict dan juga membiasakan peserta dengan penggunaan komputer serta memudahkan dalam pencarian maklumat terutama berkaitan dengan pelajaran dan juga bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat atau negeri. Selain itu, bengkel ini dapat mempromosikan secara meluas tentang perkhidmatan dan juga kelas yang dijalakan disimni kepada komuniti.
Aktiviti
Dalam bengkel ini peserta diminta terlebih dahulu melayari laman web yang ingin diisikan oleh peserta. Masing-masing berbeza laman web yang ingin diisi pada hari tersebut iaitu laman web ipt, maidan dan juga yayasan pendidikan maidam. Selepas itu, perserta diterangkan secara ringkas mengenai laman web ini dan bagaimana cara untuk mengisi borang diatas talian tersebut. Selain itu, petugas juga meminta peserta mendaftarkan diri terlebih dahulu bagi laman web yang memerlukan pserta untuk mendaftarkan diri sebelum mengisi. Setelah mendaftarkan diri peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diminta dan peserta dibantu oleh petugas sehingga selesai mengisi maklumat dalam laman web sistem tersebut. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas peserta dapat mengisi sndiri borang maidam. Peserta berjaya mengisi maklumat dengan baik.