Tarikh | : 01.07.2023 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknologi ict dan komputer agar mahir dan memudahkan peserta untuk mencari maklumat. Secara langsung kelas ict dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta terhadap ict dan applikasi yang dapat digunakan serta dapat menjana ke arah minda yang kreatif dan celik it. Malah, kelas ini juga dapat mempromosikan pedi secara langsung kepada komuniti tentang perkhidmatan yang terdapat disini.
Aktiviti
Aktiviti bengkel ini dimulkan dengan penerangan secara ringkas tentang applikasi yang akan digunakan dalam bengkel ini. Peserta diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk memudahkan proses pengeditan dan juga supaya hasil kerja tidak hilang. Dalam bengkel ini juga peserta akan memilih sendiri reka bentuk kad digital yang diiginkan setelah kad dipilih peserta diajar bagaimana untuk mengedit kad tersebut seperti tulisan, size, cara memasukan gambar dengan pencarian dalam internet mahupun melalui pencarian di dalam applikasi canva tersebut. Peserta juga diajar bagaimana untuk membuat kad digital tersebut bergerak dan memasukan audio muzik untuk kad tersebut. Selain itu, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk menyimpan kad tersebut dalam bentuk pdf, imej, mp4 dan lain-lain. Peserta berjaya membuat kad digital dan memahami dengan baik.