USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN TEMPATAN

 
 

Puan Ropuan (kanan) Bergambar bersama pekerja nya di kedai milikan beliau di Bandar Jerteh, Besut Terengganu

 

Nama : Ropuan Bt Amit
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017
No Tel : 01133557309
Facebook : https://www.facebook.com/akok.jertih

 

Latar belakang

Puan Ropuan usahawan kecil produk makanan tempatan di daerah Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ropuan mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar minggu sebelum memiliki kedai milikan sendiri di bandar jerteh. Mula berniaga pada tahun 2014 dengan membantu ibu yang berniaga di pasar malam bagi mendapat pendapatan bulanan. Beliau juga sering menghantar kuih akok ke kedai-kedai lain bagi mempromosikan dan memperkenalkan kuih nya. Mempunyai 7 jenis perisa antaranya, perisa jagung, kurma, pisang, durian, perisa original, kacang merah dan kacang hijau. Menjual pada harga yang mudah 3 biji RM2.00.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau juga dikenali seorang yang peramah dan mesra bila disapa menyebabkan beliau memliki ramai pelanggan di seluruh Malaysia. Beliau sering datang ke PI untuk belajar cara untuk memasarkan barangan melalui facebook. Dengan bantuan staff PI, beliau kini telah pandai dan mahir mempromosikan kuih akok di media sosial. Rata-rata pengguna media sosial ramai yang telah berminat dengan kuih akok yang dibuat oleh Puan Ropuan. Disebabkan beliau menerima setiap hari tempahan, beliau telah dibantu oleh suami dan anak-anak disamping memiliki 5 orang pekerja.

 *Antara produk yang beliau hasilkan

 

 

 

 

USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN

 

  

Puan Rosnaini (tengah) Bergambar bersama pekerja nya dan penglibatan beliau di PI Seberang Jerteh sebagai ahli bagi memasarkan perniagaannya secara online

 

Nama : Rosnaini Bt Mohamad
Umur : 52 tahun
Ahli : 2017
No Tel : 011-25240908
Facebook : https://www.facebook.com/ainiemohamad

 

Latar belakang

Puan Rosnaini usahawan temapatan menghasilkan produk kraftangan berasal dari Besut Terengganu

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rosnaini memulakan perniagaannya pada Ogos 2016. Mengusahakan perniagaan kecil-kecilan di rumahnya bertempat di RAKR Pelagat 3 Seberang Jerteh. Mula berniaga secara kecil-kecilan penghantaran rumah ke rumah (COD). Beliau mengusahakan kerepek tiram dan bantal debunga cantik. Beliau sering datang ke PI bagi menggunakan internet dan computer bagi mempromosikan barangan jualannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produknya.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500. Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Seberang Jerteh, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Rosnaini tetap berkunjung ke mini PI1M Seberang Jerteh bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas.

 *Antara produk yang beliau hasilkan

 

 

 

 

 

2017

 

KISAH KEJAYAAN Q1

1. Kisah Kejayaan Perusahaan Percetakan Q1

2. Kisah Kejayaan Produk Online Q1

3. Kisah Kejayaan Celik IT Q1 

 

 KISAH KEJAYAAN Q2

1. Kisah Kejayaan Perniagaan Air

2. Kisah Kejayaan jualan kek dan pastries

3. Kisah Kejayaan Celik IT

 

 

2016

 

KISAH KEJAYAAN Q2

1. Kisah Kejayaan Pencetakan Q2

2. Kisah Kejayaan Pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah Q2

3. Kisah Kejayaan Perniagaan Tudung Online Dan Offline Q2

4. Kisah Kejayaan Pengusaha Ternakan Kambing Dan Biri-Biri Q2

 

 

KISAH KEJAYAAN Q3

1. Kisah Kejayaan Peniagaan Tudung Online Q3

2. Kisah Kejayaan Perusahaan Mini Karipap Q3

3. Kisah Kejayaan Celik IT Q3

 

 

KISAH KEJAYAAN Q4

1. Kisah Kejayaan Perusahaan Percetakan Q4

2. Kisah Kejayaan Produk Online Q4

3. Kisah Kejayaan Celik IT Q4