AHLI PARLIMEN BESUT
KAWASAN PILIHAN RAYA | : P.033 BESUT |
NAMA | : DATUK CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH |
PARTI | : PN - PAS |
KAWASAN PILIHAN RAYA | : N.03 JERTEH |
NAMA |
: DR RIDUAN MOHAMAD NOR |
PARTI | : PN - PAS |
( Sumber : https://pru.sinarharian.com.my/calon/2155/riduan-mohamad-nor ,
https://pru.sinarharian.com.my/calon/235/che-mohamad-zulkifly-jusoh )
SEJARAH PENUBUHAN RAKR PELAGAT 3 SEBERANG JERTEH
Rumah Awam, Pelagat 3, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh Terengganu.
PENDAHULUAN
Perkampungan Rumah Awam Seberang Jertih pada awalnya meliputi kawasan tanah sawah milik penduduk tempatan, kemudian dibangunkan sebagai Projek Perumahan Kos Rendah berikutan pertambahan penduduk di Bandar Jertih. Pembinaan rumah kediaman kos rendah bertujuan mempercepatkan lagi proses sosial ekonomi selain menyediakan rumah kediaman kepada penduduk yang tidak mempunyai rumah.
SEJARAH KAMPUNG
Perumahan Awam Seberang Jertih meliputi tiga fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua 32 unit, manakala Fasa Ketiga 160 unit. Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat Tiga mula didiami penghuni pada Januari 1987, secara berperingkat-peringkat.
Sebagai perumahan paling banyak penghuninya turut terdiri daripada kaum Cina dan menampakkan usaha kerajaan untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini. Ketika mula didiami, penduduk RAKR Pelagat Tiga menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali senagai Jawatankuasa Kebajikan Rumah Murah sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan penduduk dan merangsangkan aktiviti sosial dan keagamaan.
Sebagai pertubuhan kecil dan tidak didaftarkan, ia kemudian dimansuhkan apabila permohonan penduduk menubuhkan Parti UMNO diluluskan pada 1988 yang dianggotai sepenuhnya oleh penduduk terbabit. Berikutan kejayaan menubuhkan UMNO, beberapa projek kecil pembangunan dapat dilaksanakan secara berperingkat dan memudahkan urusan untuk memajukan perkampungan ini sehinggalah sekarang.
SEJARAH PENUBUHAN JKKK RUMAH AWAM SEBERANG JERTIH TERENGGANU
- SEBELUM wujudnya penduduk perumahan ini berkongsi kepemimpinan dan pentadbiran menerusi JKKK Seberang Jertih. Segala permasalahan dan proses pembangunan dibuat menerusi JKKK Seberang Jertih. Berkat kesungguhan dan kegigihan penduduk yang memperjuangkan untuk menubuhkan JKKK sendiri menerusi perjuangan politik, akhirnya pada 1 Mac 2006 terbentuklah JKKK Rumah Awam Seberang Jertih. Dengan kepemimpinan serba baru dan berbekalkan semangat serta sokongan kuat penduduk dan perhatian serius pemimpin kerajaan JKKK ini bergerak dari keadaan serba kekurangan dan daif tetapi kini turut berada di barisan yang sama dengan JKKK yang sudah sekian lama beroperasi di negeri ini.
-
Paling mengembirakan jawatankuasa dan penduduk ialah permohonan JKKK ini untuk turut disenaraikan dalam warga Gerakan Daya Wawasan (GDW) akhirnya diterima oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ketika usia JKKK ini belum pun sampai usia setahun penubuhanya.
*Sumber : Pengerusi JKKK Rumah Awam Seberang Jerteh.
Demografi Perumahan Awam Pelagat 3 Seberang Jerteh
Jumlah Rumah |
160 Buah |
Jumlah Penduduk Perempuan |
510 Orang |
Jumlah Penduduk Lelaki |
487 Orang |
Jumlah Keseluruhan Penduduk |
997 Orang |
Populasi Penduduk Mengikut Umur
Pecahan Umur |
Jumlah |
60 tahun ke atas |
81 |
46-59 tahun |
150 |
21-45 tahun |
195 |
13-20 tahun |
235 |
7-12 tahun |
201 |
Bawah 7 tahun |
135 |
Jumlah Penduduk |
997 Orang |
Populasi Penduduk Mengikut Kategori
Kategori |
Bilangan |
Kanak-kanak |
336 |
Remaja |
235 |
Dewasa |
335 |
Ibu Tunggal |
10 |
Warga Emas |
81 |
Komposisi Penduduk Mengikut Etnik
Etnik |
Bilangan |
Peratusan % |
Melayu |
950 |
95% |
Cina |
35 |
3.5% |
India |
10 |
1% |
Pakistan |
2 |
0.5% |
Komposisi Penduduk Mengikut Pekerjaan
Jenis Pekerjaan |
Peratusan % |
Buruh |
10% |
Berniaga |
35% |
Kakitangan Kerajaan / Swasta |
55% |
Komposisi Penduduk Seisi Rumah
Kumpulan |
Bilangan Keluarga |
< RM 750 |
25 |
RM 750 - RM1500 |
60 |
RM 1501 - RM 3000 |
75 |
>RM 3001 |
0 |
Anggaran purata pendapatan : RM 600 – RM 1,000 sebulan.
Senarai Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Rumah Awam Kos Rendah ( RAKR ), Pelagat 3, Seberang Jerteh, 22000 Jerteh, Terengganu Sesi 2023/ 2024 :
PENGERUSI | : TUAN HAJI HASIM DERAMAN |
TIMB.PENGERUSI | : MOHD JAAFAR GHAZALI |
SETIAUSAHA | : PUAN NORFAEZA AHMAD |
BENDAHARI |
: ABD RAHIM BIN GHAZALI |
AHLI JAWATANKUASA |
|