ROHAYA BT GHAZALI

Perusahaan Perniagaan Kek Dan Kuih Tradisional

Nama : Rohaya Bt Ghazali
Umur : 48 tahun
Ahli : Mac 2014
No Tel : 016-7748529
Facebook : https://www.facebook.com/rohaya.ghazali.9

 

Latar belakang

Puan Rohaya telah memulakan perniagaannya pada tahun lepas secara offline. Beliau sering datang ke PI bagi menggunakan perkhidmatan di PI. Beliau telah diberi pendedahan oleh pihak PI berkenaan pemasaran jualan secara online melalui platform FB. Beliau amat berminat untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan terus ke PI bagi mempelajari kaedah tersebut. Melalui kelas dan bimbingan ini, Puan Rohaya telah didedahkan dengan penggunaan internet dan computer. Secara amnya, beliau tidak kekok untuk menggunakan computer. Beliau telah diajar cara membuat facebook dan pemasaran dalam talian. Kini beliau telah bijak menggunakan facebook sebagai medan untuk memasarkan perniagaannya secara atas talian untuk lebih dikenali.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700– RM1500.