Nurul Hanomhazwadilla Bt Mohd Ghazali

Perusahaan Perniagaan Perlbagai Barangan Harian

Nama : Nurul Hanomhazwadilla Bt Mohd Ghazali
Umur : 33 tahun
Ahli : Jun 2019
No Tel : 013-9911140
Facebook https://www.facebook.comnurulhanomhazwadilla.mohdghazali

 

Latar belakang

Puan Hanomhazwadilla merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa bagi menjaga 3 orang anaknya. Beliau baru memulakn perniagaan ini bermula awal tahun 2019. Pada permulaan perniagaan ini, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan tanpa mengaut untung yang lebih. Bagi menampung perbelanjaan 3 orang anak yang masih bersekolah, beliau juga berniaga secara “car booth sale” di tempat-tempat perkelahan khusunya di pantai pada hujung minggu. Beliau seorang yang rajin dan tidak putus semangat untuk mencari rezeki pada 3 orang anaknya melalui perniagaan yang beliau jalankan. Beliau juga ahli tetap di PI dan sering datang ke PI untuk menggunakan internet bagi memasarkan jualan perniagaannya secara atas talian dengan bantuan pihak PI Seberang Jerteh.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200  sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500– RM1000.