SITI AMIRAH BINTI CHE JAAFA’

Perusahaan Perniagaan Barangan Elektrik

Nama : Siti Amirah Binti Che Jaafa’
Umur : 28 tahun
Ahli : Ogos 2015
No Tel : 014-8160304
Facebook https://www.facebook.com/amirah.chejaafa

 

 

Latar belakang

Puan Amirah merupakan bekas pekerja bank yang membuat perniagaan sepenuh masa setelah menjadi surirumah oleh disebabkan komitmen  keluarga. Beliau membuat kutu dan bayaran ansuran mengikut permintaan pelanggannya. Selain itu juga, beliau turut menjual barangan kesihatan seperti minuman lemon detoks, jus asam kunyit, minuman coklat kesihatan, dan pemakan tambahan yang berasaskan bawang putih. Beliau menggunakan platform Facebook dan Status Whatsapp untuk mengiklankan barangan yang dijual. Selain itu, beliau juga merekrut suami sendiri untuk menyertai perniagaannya sebagai punca pendapatan sampingan. Kejayaananya bermula dari bawah dan mendapat sambutan kepada semua rakannya dan suami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM500  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.