MOHAMAD SAFRI FAIZUDIN BIN MOKHTAR

Perusahaan Perniagaan Printing

Nama : Mohamad Safri Faizudin Bin Mokhtar
Umur : 35 tahun
Ahli : Julai 2017
No Tel : 010-4153534
Facebook : https://www.facebook.com/safri.moktar

 

Latar belakang

Encik Safri mengusahakan perniagaan secara persendirian dan dibantu oleh isterinya. Beliau tidak bekerja dan tidak terikat dengan tanggungjawab kerja yang lain. Beliau hanya fokus kepada tempahan dan menerima semua jenis permintaan pelanggan. Antara tempahan yang diterima berasaskanhiasan gambar yang diaplikasikan kepada cetakan berbentuk kanvas. Selain itu, menerima tempahan cetakan beg kertas untuk kegunaan majlis keramaian, design banner dan banting, stiker dan semua yang berkaitan dengan periklanan. Beliau juga turut merekrut beberapa ejen yang berminat untuk menyertai perniagaan ini di samping menambah pendapatan. Beliau membekalkan ayat penulisan iklan untuk ejen yang bersungguh-sungguh untuk mengiklankan di laman sosial masing-masing. Kesimpulannya, periklanan yang beliau buat dan latih hanya berasaskan media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000  sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.