NUR AMIRA BT MOHAMAD
Usahawan online produk kesihatan wanita Jus Mamariam
http://sbrgjerteh.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/407-kisah-kejayaan-q3-2018-usahawan-online-produk-kesihatan-wanita?showall=1#sigFreeId9c6430c4cb
Nama | : Nur Amira Bt Mohamad |
Umur | : 27 tahun |
Ahli | : 3 Ogos 2009 |
No Tel | : 014-9917483 |
: https://www.facebook.com/cahaya.amira.10 |
Latar belakang
Berasal dari Besut Terengganu. Memulakan perniagaan perkhidmatannya sejak tahun 2016. Sebelum beliau membuat keputusan untuk membuat perniagaan ini, beliau sendiri telah mencuba produk ini dan ternyata berkesan. Secara langsung, beliau terus mempromosikan produk ini secara offline dan online. Kini beliau sering memperkenalkan produk ini menerusi facebook dan Instagram miliknya dengan dikenali sebagai Nur Mamariam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram tersebut. Beliau juga sering menggunakan pos laju sebagai satu “transaksi” untuk menghantar produk yang beliau jual. Malah, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.