Menjalankan perniagaan kek dan ukiran inai

Nama : Norzamila Bt Tajuddin
Umur : 29 tahun
Ahli : Mac 2018
No Tel : 011-26018705
Facebook : https://www.facebook.com/eylla.tajuddin

 

Latar belakang

Puan Zamila telah menjual kek dan membuat ukiran inai pada  majlis perkahwinan selama 7 tahun. Selepas tamat sekolah, beliau telah mendirikan rumah tangga di usia muda dan memiliki 3 orang anak. Beliau gigih melibatkan diri melalui kursus-kursus anjuran RISDA dan Mara bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan. Beliau mula membuat kek sejak 7 tahun lalu dan seterusnya memberanikan diri untuk menerima tempahan ukiran inai. Beliau menjadikan facebook sebagai medan utama untuk mempromosikan produknya. Malah beliau juga sering datang ke PI1M Seberang jerteh bagi meminta tunjuk ajar bagaimana untuk mempromosi dan ingin lebih dikenali dikalangan rakan media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM600 sahaja sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.