Menjalankan perniagaan pelbagai fesyen blouse terkini secara online

 

Nama : Amy Salwina Bt Alias
Umur : 22 tahun
Ahli : Julai 2017
No Tel : 011-25542007
Facebook : https://www.facebook.com/amy.salwina.5

 

Latar belakang

Puan Salwina merupakan seorang peniaga secara online yang menjalankan pelbagai jenis fesyen blouse yang terkini. Beliau juga menjual emas secara online melalui bulanan kutu dan pembayaran secara cash. Beliau juga sering datang ke PI  bagi meminta tunjuk ajar bagaimana untuk mempromosi barangan beliau agar mendapat tempat di kalangan followers.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Kini jumlah produk dan pendapatan bulanan melebihi RM 1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Seberang Jerteh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.