LATIHAN KEUSAHAWANAN PRODUK KECANTIKAN MARY KAY BERSAMA BELIA

TARIKH : 9 MAC 2018

MASA : 9.30pg - 12.30tgh

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEBERANG JERTEH

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Memberi satu gambaran yang jelas bagi kecantikan luaran. Melahirkan generasi usahawan muda celik IT

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan produk mary kay. Seterusnya para peserta didedahkan bagaimana untuk menggunakan produk ini dengan dikenali melalui media sosial. Melalui cara ini, para peserta diajar bagaimana untuk memperkenalkan produk secara atas talian menerusi facebook bagi lebih dikenali.


 

BENGKEL e-PEMBELAJARAN MEWARNA ONLINE DAN SAMBUNGAN HURUF DAN NOMBOR BERSAMA TABIKA PERPADUAN SEBERANG JERTEH

TARIKH : 8 MAC 2018

MASA : 9.00pg - 11.00pg

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEBERANG JERTEH

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tabika bagaimana menggunakan internet

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan perkakasan komputer. Seterusnya para pelajar diberi poster secara online bagi menghasilkan warna yang kreatif. Disamping itu juga, para pelajar dikenalkan bagaimana untuk menyambung huruf dan nombor secara online.


 

PROGRAM PENGISIAN KOMPUTER ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT PENGISIAN SPA8 DAN PENDAFTARAN GMAIL BERSAMA BELIA & BELIAWANIS

TARIKH : 6 MAC 2018

MASA : 10.00pg - 12.00tgh

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEBERANG JERTEH

PESERTA : 4 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para belia bagaimana untuk mengisian secara atas talian.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan aktiviti. Seterusnya para peserta diminta untuk membuat pendaftaran emel bagi pengisian online spa8. Melalui proses ini, para peserta dapat memahami bagaimana langkah-langkah untuk menggunakan internet


 

PROGRAM DASHBOARD MYSHOP MUATNAIK PRODUK BERSAMA WANITA

TARIKH : 7 MAC 2018

MASA : 9.30pg - 10.30pg

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEBERANG JERTEH

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada usahawan wanita bagaimana untuk menggunakan myshop bagi mempromosikan barangannya.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan dashboard myshop. Seterusnya peserta diperkenalkan bagaimana untuk melogin dan memasukkan password seterusnya bagaimana untuk muatnaik gambar jualan beliau.


 


PROGRAM ASAS PEMBANGUNAN LAMAN WEB SPKK BERSAMA GURU & PEMBANTU GURU TABIKA PERPADUAN JERTEH

TARIKH : 5 MAC 2018

MASA : 2.30ptg - 5.30ptg

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA SEBERANG JERTEH

PESERTA : 20 ORANG

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para guru dan pembantu guru kaedah kemasukan data pelajar secara online

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan laman web. Seterusnya para guru dan pembantu guru diminta untuk memasukkan id kelas masing-masing bagi kemasukan data murid-murid. Melalui bengkel ini, para peserta dapat memahami konsep bagaimana untuk menggunakan laman sesawang JPNIN secara online. Disamping itu juga, PI1M turut mempromosikan PI1M kepada peserta serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di PI1M Seberang Jerteh