Tarikh | : 19.02.2021 |
Masa | : 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Menaip Menggunakan Microsoft Word Bersama Pelajar Sekolah Rendah
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan microsoft word sebagai latihan asas untuk menaip kerja sekolah mereka yang ditugaskan. Mereka mempelajari kedudukan jari yang betul bagi setiap huruf di keyboard dan perkara - perkara lain yang asas. Mereka telah mempelajari dengan baik.
Tarikh | : 18.04.2021 |
Masa | : 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | : PI Seberang Jerteh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Bengkel E-Learning Tuisyen Atas Talian Menggunakan Aplikasi Zoom.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diajar bagaimana untuk menggunakan Zoom sebagai medium pembelajaran atas talian. Tuisyen ini dianjurkan oleh MSD Sdn Bhd untuk pelajar sekolah. Peserta belajar bagaimana untuk mendaftar akaun zoom dan menggunakan link yang telah diberi. Peserta memahami dengan baik dan dapat belajar dalam keadaan baik.
Tarikh | : 20.05.2021 |
Masa | : 10.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : PI Kg Pantai |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Bengkel Pendaftaran Email (Gmail) Bersama Pelajar Sekolah Menengah.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mendaftar gmail bagi urusan surat - menyurat atas talian. Peserta telah belajar bagaimana untuk mendaftar gmail kemudian belajar asas dalam menggunakan gmail. Peserta dapat memahami dan menyelesaikannya dengan baik.
Tarikh | : 17.05.2021 |
Masa | : 2.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | : PI Kampung Pantai |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Keusahawanan Pendaftaran SSM Bersama Usahawan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan laman web SSM ezbiz bagi mendaftar akaun dan sijil SSM. Peserta diajar bagaimana untuk mendaftar akaun kemudian mengisi maklumat yang perlu diberikan bagi memperoleh sijil perniagaan SSM. Peserta dapat memahami dan menyelesaikannya dengan baik.
Tarikh | : 21.05.2021 |
Masa | : 3.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | : PI Kg Pasir Akar |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengenalan Kepada Internet dalam Mencari maklumat.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan komputer dalam mencari maklumat melalui internet. Peserta diajar bagaimana untuk menggunakan enjin carian Google kemudian menaip kata kunci yang berkaitan dengan maklumat yang dicari. Peserta dapat memahami dan menyelesaikan dengan baik.