Tarikh : 08.03.2024
Masa : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Lokasi : NADI Seberang Jerteh
Peserta : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan Pendidikan yang berfokuskan pada perkembangan kemahiran kritis dan keupayaan pelajar untuk memahami, meneroka, dan menyelesaikan masalah di samping itu, memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana steam terlibat dalam kehidupan harian serta mendedahkan peserta terhadap kemahiran komputer dan ict sekali gus, membantu mempromosikan aktivuti Pedi dan juga perkhidmatan yang terdapat di sini.

Aktiviti

Bengkel ini adalah merupakan aktiviti stem eksperiment "jellyfish" dalam botol. Seramai sepuluh orang peserta menyertai aktiviti ini yang mana dibahagikan pada beberape kumpulan untuk menghasilkan "jellyfish in bottle" ini. Peserta dibekalkan dengan botol, air, pewarna, gliter, plastik, getah, pen dan gunting untuk peserta menjalankan aktiviti tersebut. Peserta mula menghasilkan "jellyfish" dengan memasukan air ke  dalam botol, melukis dengan pen, melipatkan plastik dengan memasukkan air sedikit untuk membentuk "jellyfish", setelah itu peserta diminta untuk mengikat di atas yang dimasukkan air, dan memasukkan ke dalam air yang ada gliter dan pewarna. Peserta akan melihat pergerakan "jellyfish" tersebut bergerak apabila di terbalikkan botol tersebut. Akhir sekali, eksperiment ini membantu melatih otot tangan dan legan apabila diterbalikkan atau dipusingkan botol. Selain itu, melalui eksperiment ini peserta juga akan belajar hubungan antara arah botol dan pergerakan obor-obor dan perbezaan antara obor-obor sebenar dan yang di dalam botol. Peserta sangat teruja dan seronok serta memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam menghasilkan "jellyfish" ini.

Gambar Disini