Tarikh | : 08.03.2024 |
Masa | : 11.00 pg - 12.00 ptg |
Lokasi | : NADI Seberang Jerteh |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mendorong peserta untuk berfikir secara kreatif dan mengembangkan kemahiran dalam mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif serta memperkukuhkan kemahiran komunikasi, berkongsi idea dan juga memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Sekali gus, aktiviti dapat mempromosikan perkhidamatan dan aktiviti yang dijalankan disini.
Aktiviti
Bengkel ini adalah merupakan aktiviti eksperiment sains untuk menghasilkan "magic finger" menggunakan bahan-bahan yang mudah. Kesemua bahan tersebut disediakan oleh petugas antaranya ialah serbuk gliter, air, sabun pencuci pinggan dan juga pinggan untuk masukkan air. Peserta mula menghasilkan "magic fingger" tersebut dengan memasukan air dan pewarna gliter atau serbuk kilat tersebut ke dalam pinggan. Setelah itu, peserta diminta oleh petugas untuk menoleskan sedikit sabun pencuci di jari telunjuk. Selepas itu, peserta perlu mencuba mencelupkan jari telunjuk itu ke arah serbuk di dalam pinggan dan melihat pergerakan serbuk gliter setelah tangan yang terdapat sabun dicelup ke dalam serbuk itu. Aktiviti menunjukkan kepada para peserta bagaimana serbuk gliter yang terapung boleh bergerak berselerak setelah jari telunjuk yang terdapat sabun disentuh ke permukaan air. Hal ini terjadi kerana sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegagan permukaan air di dalam bekas tersebut kerana sifat air yang menghalang elemen-elemen luar. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan projek dan peserta sangat teruja dengan aktiviti steam menghasilkan "magic fingger" ini.